Saturday, March 6, 2010

Kombinasi Bina Binasa

Di satu petang yang kabut. Akak meminta adik menjahit seluar dalam bapa. Adik terpinga-pinga mendengarnya. Seribu tolak dua Adik fikirkan masalah yang dihadapi oleh Akak sehinggakan menyerahkan tugasan itu di saat akhir kepadanya. Walhal, bapa ingin melihat seluar dalamnya lagi dua jam.

“Gila ke?” soal adik di dalam hatinya. Bisikan pintu hati kegelapan sudah menguasai diri adik. Kesabaran yang melindungi hati telah pun pecah. Dengan sepantas cahaya adik memaki hamun akaknya sendiri tanpa memikirkan soal jantina dan umur.

Akak juga sudah berubah menjadi raksasa jepun, seperti di dalam cerita Ultraman selepas mendengar kata-kata adiknya itu. Masing-masing tidak dapat menguasai diri- peperangan melibatkan dua manusia, tidak termasuk penonton yang hadir.

“Kau memang bodoh dan kurang ajar!” marah akak sambil melihat cermin. Risau-risau terkeluar pula susuk yang dipakainya.

“Aku memang bodoh. Juga kurang ajar. Kenapa ya?” adik membalas dengan senyuman. Teringat pula adik dengan kata-kata akaknya seminggu lagi. Pada fikirannya, kenapa ingin menyerahkan kerja kepadanya sedangkan dia sendiri yang ingin melakukan kerja.

***

Adik masuk ke rumah jiran. Belum sempat adik memberi salam, bukan main banyak soalan yang ditanya oleh pengkritik-pengkritik rancangan realiti televisyen. Adik terduduk menggaru kepalanya. Dia runsing memikirkan apa yang telah terjadi.

Lembaga dewa janggut kepala botak muncul di belakangnya secara tiba-tiba. “Karam sambal oleh belacan” katanya kepada adik. Dewa janggut kepala botak terus hilangkan diri.

Mungkin bersambung~






No comments:

Post a Comment